Monday 30 April 2012

Collection of albino's pictures

Kali ni den keno buek presentation tentang albino, jadi den nak share la koleksi gambo albino kat dunia ni.. Jom tengok Koleksi gambar Albino den ni!
 
 Ulor
 Burung kakak tua. Ni kira macam uban da ni..
 Ni mende ape lak...macam si kancil..
 Paus
 Ni menarik.. macam penah jumpa lam movie la singa ni..
 Elok la tu kawan..
 Takde kaler pun cantik jugak kan? hee
 Sweetnyeerrr
 Bukan ke ni harimau putih? nape orang cakap rimau ni kene albino xtaw la den..
 Ulor lagi
 Penguin
 Dolphis
 Rusa tadi kot
 Spider
 Kura2
 Katok
 Girafff
 Macam landak
 Ni sume orang kenal..gorila
Menarik kannnn zebra ni!

Last sekali adelah manusia! walaupun ni penyakit genetik tapi sape kate takley jadi model! hensem lagi tu.. model spek nampak cam orang normal je..hee..

Friday 20 April 2012

10 surah

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W -

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44... kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Tuesday 17 April 2012

Gua Kota Gelanggi, Jerantut

Depan nak masuk Gua Kota Gelanggi.

Korang kena jalan masuk hutan ni pastu jumpalah pondok ni.. 
tunggu situ sampai ranjer datang.. 
yang brader baju biru tu ranjer kat situ la..

view lain.. sekeliling adelah hutan~
 Jom gerak~

Jangan terpedaya dengan batu ni.. ktorang puna ade tambah2 sikit ;p 
 teleng kepale tgok

Felda Residence Tekam, Jerantut

Banyak kali sesat da ni. Walaupun nampak signboard camtu, kami still pergi straight tak belok kiri sebab.. tengok la sendiri, hutan je kot! Tapi luar je nampak camtu, dah masuk dalam akan nampak perkampungan best la gakk~
Bila balik, kena isi borang survey. Sweet tak I letak nama kita? ^_^

 
tak banyak pic ley letak sebab ade pic my frens, ni pun kena crop. 
huu nampak tudung sikit~
belakang tu ha contoh rumah kat sini. okay lah~

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.



Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...



SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "



SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."



Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.

Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."



Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...



SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.



SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.
 
~ Saya dah jumpa banyak pendapat tentang perbezaan suka sayang cinta ni and I think this is the best to describe my feeling to you.. I Love You :) 
 
by, Dr Fasya

EM - The Truman Show (1998) (7/10)


Hafiq : Truman show ni bukan movie baru. Dah lama dah. Tahun 1998. Mesti dah ramai tengokkan. Tapi Hafiq suke dengan konsep cite ni. Lain dari yang lain. Tambah2 plak Jim Carrey yang berlakon. Memang hidup r jalan cite. Cite ni mengisahkan Truman, lakonan Jim Carrey yang di besarkan dalam sebuah drama. haha. Hebatkan. So seumur hidup dia, adalah drama dan dia tak tahu kehidupan dia selama ini adalah drama semata2. Memang agak kejam la kalau betul2 terjadi kat realiti. Lama kelamaan dia perasan macam ada something x kena. So macam2 la cara dia nak tahu. Ending die sila la tengok sendiri. Memang x rugi tengok. haha. ^^ 5 bintang

Fasya : Den kasi 7/10 tapi Hafiq kasi full.. well cter ni untuk tahun 1998, agak hebat la gak. Tapi den kasi markah sebab den tgok tahun 2012, kalau den tgok masa 1998, maybe kasi 10/10.. hee.. okay je, kena tengok ni, tak rugi pun ^_^

Sunday 15 April 2012

Cinta Kura-Kura (2012)

Sebuah cite romantik komedi yang sempoi la. Rileks n hepi je tengok. Cie melayu kalau buat camni la tak bosan sangat. Cite serius x pandai sangat lagi buat. hoho. tapi lawak jugak r cite ni. Tambah2 ada plak zizan n usop wilcha suarakan watak kura2. Memang hidup je suasana. Tapi memang x logik r cite. Kura2 ley cakap. Ada pulak Tiz Zakiyah berlakon. X bosan la tgk. huhu. pelakon laki pun ley tahan jugak. Overal simple tapi memang sempoi la. Mengisahkan 2 remaja yang suka satu sama lain tapi malu2 nak luahkan sehinggalah terjadi satu peristiwa. 4 bintang la kasi...

Saturday 14 April 2012

Air Terjun Chamang, Jerantut

 Ni waktu tengah hari, so takde orang sangat.. petang2 baru ramai..belakang saya tu baru air terjun..kiri tu tempat tukar baju n toilet..kanan ada gerai2 makanan..
Cantik kan? siap ada tangga lagi.. sebenarnya ada jambatan gantung tapi tak terambil pic dekat lak.. kalau tengok betul2 hujung tu ada la jambatan gantung untuk cross sungai ni.. pakcik tu cakap jangan goyang2 sebab nanti cepat putus tali tu~
Ni la main air terjunnya.. Okay, nice.. saya tak pernah tengok air terjun lebih cantik daripada ni.. well actually semua air terjun pun cantik..huu..lagi cantik kalau takde orang n ley tukar baju kat tepi tu gak macam kat Perak ritu..haha
 Yang special sikit compare air terjun lain adelah pasir pantai tu! Siap boleh buat istana pasir kot! hee..
Saya cross jambatan tu n amek pic daripada sebelah sini lak. View depan / kiri daripada batu2 tempat saya duduk. Ada banyak batu. Kat hujung tu awak ley nampak papan tanda jumlah kematian yang berlaku kat situ. AMARAN. Tempat ni bahaya sebab pasir dia mudah jerlus. Means awak gerak sikit je dah dalam. Sebab tu la lam pic ni awak tak nampak orang mandi kat tengah2, semua mandi kat tepi. Nak cross air terjun ni kene berenang taw tak sebab dalam. Maybe sebab tu dia buat jambatan kot. Yang 3 orang kat hujung tu molep je duduk tu sume dak uni saya..haha
 View sebelah kanan / belakang lak. Banyaknya batu! huhu ^_^
Saya tak mandi pun sebab tak nak penat. If terlalu penat nanti saya pening. But I wish to go here with you later. With Luhan and without Luhan..haha.. nanti nak kena jaga dia, leceh sikit..haha..

EXO-K story


 from left, Chan - BaekHyun aka Bacon - Kai - SuHo - D.O. - SeHun

Kalau post dulu, dibuat untuk kenal each member n copypaste blog orang. Tapi kali ni ori from me ok! hee.

Chan
- Dia ni main rapper. Muke comel tapi rap mantopp. I like him after rapper from Beast. Jarang suka rapper ni, so if I like means dyorg memang bagus la kan..hee.. Suka personaliti dia yang bright. He's like ball of energy, muka dia la paling ceria even dia senyap je. huu.. dia tak nampak macam pemalu and telah dikonpemkan oleh Bacon yang paling playful dalam ExoK tu adelah Chan, Bacon n SeHun.

BaekHyun aka Bacon
- Tak tahu datang dari mana nama bacon ni, tapi stage name dia agak panjang gak. paling panjang kot lam group ni. Dia ade vocal yang mantap, kira mcam 2nd vocalis la after D.O. selaku ketua vocal. Yang incharge untuk vocal ade 3 orang, Bacon, D.O. n SuHo. Dia kelakar gak la. :) n baby face sikit. Dia cuba buat macho tapi hakikatnya bila dia nyanyi, dia comel. haha. buktinya tengok la pic atas ni! ;D

Kai
- Lama2 kenal Kai, dia pemalu sangat. Dia malu bila leeteuk usik dia, cakap ramai orang suka dia. huu. Muka dia tak macam bangga tapi lebey kepada nak menyorok. Tapi dia nampak macam pendiam sikit tapi frenly gak. Camne nak cakap ek, dia frenly dengan peminat, mudah mesra dengan orang tapi tak terlalu banyak cakap. Suka tengok dia perform, seolah2 tengok Taemin perform, seyesly! hee. Tapi Kai lebey kepada ncem berbanding Taemin yang kiut. Dia dance terbaik la, susah nak compare dengan Taemin tapi sebab Kai nampak lebey macho, so I think he better. Nyanyi pun bagus, rap pun bagus. I think dia paling perfect lam group ni. ^_^

 SuHo (leader)
- My fav. 1st time tengok dia memang macam dah terpikat, cewahh..haha. tapi sebab tak betul2 kenal so tak leh nak cakap banyak la. Lepas betul2 kenal, taw dia paling suka senyum, maybe sebab dia leader kot. n dia ade suara yang best gak, suara dia paling lembut, kira dia tak ley incharge untuk nyanyi lagu keras2.. huhu.Why suka dia? tak tahu la, haha. suka tengok dia senyum kot. Dia ni bila dance muka seyes tapi bila bukak mulut, nampak comel je.

D.O. 
- Dia ni nampak baik sangat. Vocal mantap la, variasi. Dah dia ketua vocal. Rasanya dia paling nampak macam budak baik. Huu.

SeHun (maknae)
- Paling tak suka dia, face macam dia paling tak suka. Tak tahu nape. Macam maknae ss501 pun I tak suka. So nothing much to say about him. Tapi dia ramai peminat gak.

Kalau nak ranking fav, camni...
1. SuHo
2. Kai (dengar kata Kai ade gf so rank dia akan turun kalau betul)
3. BaekHyun
4. D.O.
5. Chan
6. SeHun

Songs

What is Love?
 - lagu ni berapa orang je yang nyanyi, Bacon n D.O. vokal dia buat orang meremang.huu.

History
- lagu ni best tapi 1st time tengok dyorang perform live, Exo miming. So fans marah, then next time tak miming and agak hancur la. Maybe lagu ni susah.

MAMA 
- Suka lirik dia, n bila live, ok sikit tak hancur mcam history.

The Darkest Hour

Cite ni konsep macam biasa. Alien datang serang Bumi. Tapi yang uniknye alien kali ni manusia xley nampak. Alien dalam bentuk elektrik. Haha, memang dahsyat. Manusia bila kena alien tu jadi debu. Senang je. Tapi macam biasa ada la sekumpulan anaak2 muda yang terselamat dan cuba selamatkan diri untuk pergi ke tempat selamat. Tapi alien ni ade kelemahan, contohnya xley nampak melalui cermin. haha pelik jugak tu. Tapi best r cite ni. X rasa bosan tengok. Sekejap je masa berlalu. Memang cite yang ringan. Xyah nak pikir2 sangat. Tapi ending die memang nampak sangat akan ada sambungan nanti. Tak rugi tengok. 5 bintang la.

p/s : Dr Fasya sila la tengok.


by Dr Hafiq

Wednesday 11 April 2012

House - Kitchen

 Dapur yang awak tak kisah pink~
Sekali dengan barang2 semua PINK! nak muntah tak? haha

House - Bathroom



House - Baby room


Ni tempat Luhan tidur, tapi letak kat dalam bilik kita la senang. hee~
"Mama, kenapa my bed tu PINK!!" alamak~ okay2, nanti tukar merah ye~ hee

House - Kids bedroom






Kalau tak nak pink, kaler lain boleh~



Bawah ni yang terbaik la! memang sayang gila kat awak kalau leh buat camni.hee~