Saturday 24 March 2012

Johnny Depp Movies

Johnny Depp ni memang boleh kata semua orang kenal. Memang seorang pelakon yang mantap dan betul2 power. Dan memang handsome la.Dah kate pelakon popular.. :)  So mari kita kenal la serba sedikit tentang beliau dan filem-filem lakonan beliau yang Hafiq pernah tengok la.

Beliau dilahirkan 9 Jun 1963.(same tahun dengan umi Hafiq). JD bukanlah seorang pelakon sahaja malahan beliau juga merupakan seorang producer dan musician. Sejak mula melibatkan diri dalam bidang ini dari tahun 1980-an, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah2.. Nak tahu lebih lanjut lagi boley la baca sendiri kat internet..Hafiq nak komen pasal movie2 lakonan beliau je yang Hafiq pernah tengok...



A Nightmare On Elm Street(1984)
Cite ni x pernah tgk lagi. sbb dah lame sangat. Tp kalau cite elm street yang lain tgk la so bley tahan la... nanti lain kali baru nak cari movie ni so baru boleh komen panjang.

Edward Scissorhands (1990)
Cite ni memang feveret la masa kecil2 dulu. Memang dah banyak kali tengok. Memang best la. Cite yang unik dan agak sedih jugak.Lakonan JD pun sangat mantap.Boleh dikatakan hampir semua orang yang Hafiq kenal pernah tengok cite ni. 5 bintang la

What's Eating Gilbert Grape? (1993)
Cite ni memang lain la dari lakonan JD yang biasa kita tngok. Tambah2 dia muda lagi masa ni. Mengisahkan konflik dalam keluarga la. JD sebagai abang sulung kena jaga family dia dan seorang adik bongsu yang terencat akal sikit. Cite agak slow tapi kalau pandai layan best la. Agak sedih jugak.. Tapi macam kurang menonjolkan kehebatan JD dalam lakonan beliau. 3 bintang la.
Nick Of Time (1995)
Cite macam ni pun dah biasa tengok orang buat.. Cite ni tentang perkara yang berlaku dalam beberapa jam je. Mengisahkan JD yang diperdaya oleh 2 orang yang menyamar polis dan kemudiannya diugut untuk membunuh seorang gabenor. Macam2 cara yang cuba dilakukan oleh JD untuk melepaskan diri dan mnyelamatkan anak perempuan beliau. Idea dah ok tapi agak kurang suspen la. Mungkin sebab cite lama kot, zaman ni kurang idea untuk elemen2 suspen kot. Ending dia pun agak terlalu senang sangat.3.5 Bintang la
Donnie Brasco (1997)
Cite ni pulak mengisahkan seorang undercover detective yang menyamar untuk menumpaskan satu kumpulan penjenayah. Cite dia agak menarik dan lakonan JD pun hebat jugak. Macam2 la yang berlaku untuk JD menguatkan kepercayaan ahli kumpulan itu. Tapi sayang ending dia agak tergantung dan terlalu simple. Mungkin kalau zaman sekarang buat filem macam ni jalan cite dia lagi menarik.. Tapi yang unik masa ni xguna handphone lagi. Tape kaset recorder pun sorok dalam kasut.. Memang undercover gaya lama la.. 4 bintang la

The Ninth Gate (1999)
Cite ni bagi Hafiq kurang berkesan la. Idea die menarik.Starting movie nampak menarik tetapi makin lama jadi makin lemah.JD menjadi seorang detective yang menyiasat tentang sebuah buku lama yang ditulis oleh Devil. Tapi jalan cite die agak lemah dan macam simple sangat.X feel sangat . Ending dia pun tergantung. 2.8 Bintang

Chocolat (2000)
Sebenarnya cite ni bukan JD pun pelakon utama.Lama jugak la nak tunggu watak dia muncul. Mungkin sebab nak guna populariti JD la letak pic dia depan2 n guna nama dia jadi main actor. Mengisahkan seorang pompuan dan anaknya yang menjual coklat yang sangat sedap. Cite ni boley la tapi x layan sangat. 2.5 Bintang

From Hell (2001)
Cite ni pulak mengisahkan Jd berlakon sebagai seorang detektif zaman 1880 an camtu asenye..Macam zaman jack the ripper tu. Dia nak cari siapa pembunuh bersiri yang bunuh pelacur2 tu. Cite ni agak ok la. Tapi x best ending die JD mati.. Cite pun agak slow skit tapi overall ok la. 3.5 bintang

Once Upon A Time In Mexico (2003)
Cite ni pulak 1 filem aksi.Agak menarik cite ni. Tapi JD bukanlah hero uama pun.Hero utama Antonio Banderas. Tapi watak JD ni penting la.Mula2 macam psycho.. Best jugak la cite ni.X bosan tengok. 4 bintang

Pirates Of Caribbean (2003)
Cite ni konfem sume orang dah tengok.Xyah cakap banyak la memang lakonan JD sangat mantap. Boleh katakan kalau JD tak berlakon orang takkan tengok cite ni.Cite yang lawak dan mendebarkan.Sangat best. 5 bintang

Finding Neverland (2004)
Cite ni Hafiq tengok sikit je pastu terus tutup.Bosan la cite ni.Tapi Cite ni menang banyak award. Mungkin mood x elok kot mase tengok cite ni.Tapi memang bosan. 2 bintang sebab menang award banyak..hehe

Charlie And The Chocolate Factory (2005)
Cite ni pulak agak pelik watak JD ni. Macam annoying pun ada, macam menakutkan pun ada.Lagi2 watak orang kenit tu.Sume muka same.huhu.Tapi seriusly cerita die memang best walaupun memang tak masuk akal la.Macam2 jenis coklat dia buat.Menetas jadi anak ayam la dalam mulut.Lif terbang la dan macam2 lagi.Memang tak logik tapi menghiburkan dan kadang2 pun suspen.Memang lain dari yang lain cara JD blakon.. 5 bintang

Pirates Of Caribbean 2 (2006) 
Tak perlu cakap banyak.Memang takkan ada orang nafikan kehebatan cerita ini.Dengan penuh aksi yang mendebarkan, dan mencuit hati.Kekuatan utama filem ini terletak pada JD sendiri.. 5 bintang

Pirates OF Caribbean 3 (2007)
Selang setahun Kapten Jack Sparrow muncul kembali.Menunjukkan betapa hebatnya sambutan yang diterima oleh penonton seluruh dunia.Memang kena beratur panjang nak beli tiket.Tak perlu komen lagi. 5 bintang

Sweeney Todd : The Demon Barber Of Fleet Street (2007)
Merupakan sebuah filem musical.Berbeza dengan filem muzikal lain macam high school musical yang jenis hepi je.Filem ini pula merupakan file musical berunsur thriller.Memang menjadi la dia buat filem ni.Lagu2 masuk je dengan babak2 tu.Lakonan JD yang memang pandai berlakon watak2 psycho ni memang sangat berkesan.Berbaloi la tonton filem ni.Mengisahkan seorang tukang gunting yang ingin membalas dendam.5 bintang.


Public Enemies (2009)
Kembali dengan filem aksi.Cite ni dah lama tengok and tak ingat sangat jalan cerita.Tapi best la cite ni. Nanti dah ingat baru boleh bagi komen.

Alice In Wonderland (2010)
Cite ni tengok kat wayang dengan Fasya dulu.Sebuah lagi filem yang menggunakan populariti JD untuk melariskan filem.JD bukanlah watak utama dan hanya muncul sekejap sekejap saja.Tapi poster menunjukkan seolah2 JD la pelakon utama.Jalan cerita agak kurang berkesan dan agak bosan la.. 3 bintang..

The Tourist (2010)
Cite ni pun tengok dekat wayang dengan Fasya.Menggabungkan 2 nama besar sepatutnya memberi kelebihan terhadap filem ini.Idea untuk jalan cerita agak menarik.Tapi filem ini agak kurang menunjukkan kehebatan lakonan kedua2 pelakon besar ini.
4 bintang


Pirates Of Caribbean 4 (2011)
Satu lagi sequel of pirates.Kali ini hanya mengekalkan watak JD.Tapi filem ni agak kurang hebat bebanding yang sebelumnya mungkin kerana menggunakan pelakon2 yang lain untuk mensupport karakter JD..4.8 bintang

No comments:

Post a Comment