Monday 6 August 2012

Punca Kaum Hawa GEMUK Lepas Bersalin


Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.


Sumber: Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia 

P/s: suami jadi kurus lepas is3 bsalin sbb penant buat kerja rumah kot. Xpun penat cari duit utk anak baru... hehe

Bunga Yang Cantik