Saturday, 7 April 2012

Solat Tiang Agama

Islam amat menitik berat soal solat. Solat merupakan tiang agama. Umpama sebuah bangunan tanpa tiang apakah yang akan terjadi. Umpama laptop tanpa Ram, pasti tak berfungsi. Begitu pentingnya solat dalam diri setiap orang Islam. Tiada alasan bagi mereka yang beragama Islam untuk tidak melakukan solat melainkan perempuan dalam haid. Contohnya perempuan dalam haid atau gila sahaja yang tidak berdosa dan tidak perlu mengqada' solat sebaliknya yang lain adalah berdosa jika meninggalkan solat dan wajib mengqadakan solat. Namun ada sesetengah keadaan yang dilonggarkan dalam Islam bagi mereka yang boleh meninggalkan solat namun WAJIB mengqadakan solat tersebut. Contohnya mereka yang dalam keadaan darurat, dimana keselamatan nyawa terancam seperti sedang menyelamatkan nyawa seseorang. Kalau ingin membincangkan tentang solat ini sudah tentu perlu mengambil masa yang sangat lama. Solat bukanlah setakat apa yang dipelajari waktu fardhu ain sekolah sahaja. Banyak lagi huraian2 dari topik solat itu sendiri. Namun harini just nak kongsi sedikit cara-cara solat yang lain terutama ketika sedang sakit. Ingat, sakit bukanlah alasan untuk tidak melakukan solat. Sedangkan orang yang sedang berperangpun tidak dikecualikan dari solat. Islam telah bagi kelonggaran jika tidak boleh berdiri, bolehla secara duduk. Jika tak boleh duduk boleh buat secara baring. Jika tak boleh juga, boleh buat secara isyarat mata.

p/s sakit merupakan ujian dari Allah untuk menghapuskan dosa. Tapi tak sedar mereka menambah dosa dengan tidak menunaikan solat. Ramai dekat hospital tidak menunaikan solat. Sedih bila tengok kebanyakan hospital kerajaan terutama yang lama2 tidak menyediakan kemudahan solat untuk pesakit.


 by Dr Hafiq

1 comment:

  1. Ya Allah...senang betul nak sembahyang..betul la..banyak patient tak buat terus..

    ReplyDelete