To My Future Hubby - Your score
Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
- Bukan setakat cukup 5 waktu, tu saya pun boleh buat sendiri dan jangan risau saya bukan jenis liat solat 5 cukup. Tapi dengan awak saya harap awak boleh buat saya rajin solat sunat, t buat saya makin kusyuk solat dan paling penting solat jemaah sama2 :)
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh
beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir
boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
- Oh less than 2k memang tak cukup la sebab ada banyak menda nak beli, u know saya camne kan.. tapi saya takdelah demand high sangat. Cuma saya kalau boleh nak banyak duit so saya boleh sampai bela anak angkat sekali :) Takde lah nak duit banyak sebab nak amek orang gaji ke, tapi duit banyak tu untuk sebab yang munasabah la.
3. Ada kenderaan: moto
kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal
pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.
- Saya tak kisah sangat kereta asalkan comel. Awal2 dulu pakai myvi awak pun takpe :) Nanti bila anak dah ramai baru tukar kereta besar sikit :)
4.
Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib
dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi
mandi-mandi yg lain.
- Selama ni pun awak banyak ajar saya, siap gaduh2 lagi. hee :)
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar
al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra'
Bismirabbikallazi Khalaq."
- Ala, ni basic sangat ni. Of course la saya nak yang katam ngaji. Awak siap dah pergi haji kot..advance!
6. Jenis lurus, baik & hati
baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi
mengorat jiran taman sebelah.
- Awak tak pernah tipu kot sal perempuan, seingat saya tak pernah kantoi ke ape.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
- Ade la juga banyak perbezaan, kalau same je bosan la kan tapi semua saya ok :)
8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.
- Depan saya awak memang manusia gedik gila. ;D
9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."
- Awak okay je cuma saya kadang2 over.
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
- Boleh la takde cam budak2 sangat.
11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia
lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org
lain.
- Awak sedang2.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.
- Ni pun okay :)
13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.
- Ramai lagi ustaz feveret awak cuma lately memang tak dengar ceramah dalam kete da ;D
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba
isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam
sampai pagi.
- Harap dah kawin pun awak caring camni.
15. Jenis senyum sokmo.
- Sampaikan saya tanya, nape awak hepy sangat jumpa saya? huu
16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.
- Amboi saya cun ok.
17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or
tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia
gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
- Bila dah kawin, kita kena buat rules berapa kali sebulan makan fastfood :) awak okay je masuk dapur.
18.
Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu
sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2
isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.
- Alahai, tak terlalu rajin tapi sedang2 je.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar
jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih
sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
- Macam tak pernah lak saya cakap awak busuk.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok
jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin
hampir."
- Memang tak la, saya tak suka cakap mende ni, u better than this.
21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
- Awak dah banyak berubah for me :)
22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca
doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia
doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai
aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."
- Banyak kali dah solat sama, tak pelik dah..hee :)
Apa?!
Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat
yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri
malas semayang. Atoiiii~
Awak perfect la cuma saya tak suka puji lebih2. Taw kan saya camne, hee. Thank you so much for loving me :)
No comments:
Post a Comment